Selamat datang kepada semua pengunjung blog CUTE OVEN, SMALL KITCHEN. Diharap dengan kunjungan anda dapatlah kita berkongsi ilmu disamping menambah kenalan. Terima kasih atas kesudian bertandang ke sini.

Untuk makluman, di dalam blog ini sukatan cawan adalah menggunakan cawan metrik manakala sukatan sudu pula 98% adalah menggunakan sudu metrik.
Bagi yang sering bertanya apakah 'Tbsp' dan 'tsp'; 'Tbsp' = tablespoon & 'tsp' = teaspoon.

Wednesday 15 January 2014

DONUT EKSPRESS YANG GEBU GEBAS


 Assallamualaikum dan salam sejahtera.

Menu donut pula kita hari ini.
Resepi donut yang amat cepat dan pantas cara penyediaannya. Tak perlu tunggu, tak perlu peram, tak perlu direhatkan doh tu hingga naik dulu sebelum diterap dan digoreng.

Dalam banyak-banyak resepi donut, inilah resepi yang paling singkat masa penyediaannya. Teksturnya pula, aduhhhh makkkkk...amat laa gebu dan lembut. Memang la Nadz antara orang yang rugi sebab baru sekarang mencubanya. Sungguh jatuh hati betul dengan resepi donut dak Hasue ni.

Ini bukan sekadar omongan kosong aja ya. Kalau ngak percaya, coba klik pada link My Resipi di bawah. Ada banyak komen-komen suri rumah yang telah mencubanya dan semuanya memberikan komen yang positif.


DONUT EKSPRESS YANG GEBU GEBAS

Bahan-bahan :

500gm tepung berprotein tinggi/ tepung gandum
1 paket yis segera(11gm)
50gm majerin/ mentega
1 sudu besar(penuh) shortening
2 sudu besar (penuh) gula pasir
2 sudu besar susu penat manis/ 2 sudu besar susu tepung
1 biji telur
1/2 sudu teh garam
Gula halus atau topping kegemaran anda
190-200ml air suam kuku (bergantung kepada kualiti tepung)


Cara penyediaan :

Di dalam bekas yang agak besar, tuangkan air suam. Masukkan yis, gula pasir, susu, majerin dan shortening. Kacau sedikit dan biarkan selama 8-10 minit.
Setelah yis mula berbuih, ayakkan separuh dari tepung terus ke dalam adunan. Masukkan pula telur yang dipukul sedikit dan juga garam.
Kacau adunan sehingga sebati dan melekat pada sudu(bila dah sebati tu, kacau satu arah je menggunakan sudu).
Ayak lagi tepung selebihnya, gaul menggunakan sudu seketika barulah uli menggunakan tangan. Tak perlu habiskan tepung tu kalau adunan sudah boleh diuli.

Uli sehingga doh sebati dan tidak lekat di tangan (sisa-sisa tepung di dalam bekas tu semua bersih). Doh dah siap dan jika ingin membuat kuih 5 spice roll, bolehlah dibahagi dua. Untuk resepi dan teknik membuatnya sila rujuk di SINI.
Doh tidak perlu direhatkan, (kalau nak rehatkan pun boleh juga selama 5-10 minit). Boleh terus sahaja dicanai setebal setengah inci (agak-agak je). Boleh tambah sedikit-sedikit tepung jika adunan agak lembik ketika ini.

Terap doh mengikut acuan donut atau bentuk kesukaan anda. Doh akan mula mengembang dan ringan sementara minyak dipanaskan dengan api perlahan.

Gunakan minyak yang banyak untuk menggoreng. Setelah minyak agak panas(jangan terlalu panas, nanti donut gorengan pertama agak hangus), perlahankan sedikit api. Masukkan donut tetapi jangan terlampau penuh sebab donut ini akan mengembang lagi ketika digoreng(sebab adunan mengandungi telur).
Goreng hingga kekuningan dan toskan di atas tisu dapur. Sedia untuk dihidangkan bersama gula kastor atau topping kegemaran anda.


Oleh kerana satu adunan boleh menghasilkan begitu banyak donut, jadi Nadz buat donut frozen. Cuma goreng kejap je dalam minyak yang panas hingga donut bewarna kekuningan sedikit. Kemudian angkat dan toskan. Masukkan ke dalam plastik atau apa-apa bekas yang sesuai dan masukkan ke dalam freezer. Bila nak makan, just keluarkan dari freezer dan boleh terus digoreng hingga masak sepenuhnya.



Yang ni nak disimpan dalam freezer. Banyak kan?


SELAMAT MENCUBA!

4 comments:

Melly Octaviana said...

wah best nya hujan2 gini makan donut.ijin simpan recipe nya..lain kali mau buat juga.. ;)

Mas said...

kak...mas pun tk try lagi resepi donut ni..huhuhuhu
nnti2 nk try la...

INA said...

Salam Kak..fav. saya donut nie..nnt nak cubalah resepi nie.

Gee® said...

Wow! bestnya dobut gebus... nak cuba buat lah...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...