Selamat datang kepada semua pengunjung blog CUTE OVEN, SMALL KITCHEN. Diharap dengan kunjungan anda dapatlah kita berkongsi ilmu disamping menambah kenalan. Terima kasih atas kesudian bertandang ke sini.

Untuk makluman, di dalam blog ini sukatan cawan adalah menggunakan cawan metrik manakala sukatan sudu pula 98% adalah menggunakan sudu metrik.
Bagi yang sering bertanya apakah 'Tbsp' dan 'tsp'; 'Tbsp' = tablespoon & 'tsp' = teaspoon.

Wednesday 19 February 2014

PETOLA TUMIS AIR


Assallamualaikum dan salam sejahtera.

One of my favourite lauk sayur since zaman kanak-kanak dulu. Cuma dulu kalau my mum masak di kampung lauk sayur ni tak pedas. So to suite with my taste, Nadz ubah sikit cara menyediakan lauk petola tumis air ni. Like usual, I love spicy food. So  lauk ni yang patutnya tak pedas pun dah dipedaskan oleh Nadz..heheee..

Ok, resepi ringkas di bawah. Tutup mata je pun boleh buat kan.

PETOLA TUMIS AIR
By: Nadz @ovenkecil.blogspot.com


Bahan-bahan:

2 batang petola
4 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
3 biji cili padi
1/2 sudu teh pati ikan bilis
Sedikit soon-direndam
2 biji telur
11/2 cawan air atau secukupnya
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis


Cara penyediaannya:

1.  Buang kulit keras pada petola, potong dan basuh. Toskan.
2.  Tumbuk bawang merah, bawang putih dan juga cili padi.
3.  Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis bahan tumbuk hingga naik bau.
4.  Masukkan air dan biar menggelegak.
5.  Pecahkan telur satu per satu dan masukkan ke dalam periuk. Tunggu seketika hingga telur keras.
6.  Masukkan garam dan serbuk pati ikan bilis.
7. Masukkan petola . Tunggu sedikit layu dan kemudian masukkan soon yang direndam tadi.  Biar menggelegak. Tutup api dan hidangkan.


Yang ni masak waktu lain. Nadz campurkan petola dengan sawi putih dalam lauk ni. Biar banyak lagi sayurannya. Tengok..suka sangat dengan petola..hahahaa...

SELAMAT MENCUBA!

2 comments:

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

akak pun suka petola ni.. selalu msk tumis camni atau goreng.. tp kalau tumis tak dipedaskan sbb anak2 nak tumpang kuahnya tu.. hehehe...

Sweet red cherry said...

salam kak..

masakan simple tapi sedap..sya pun suka makan juga..tumis air..less minyak..bagus untuk kesihatan..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...